Dasawarsa ini,
sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun, disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan etnik yang beronal yang dicetuskan oleh
rakyat kita sendiri. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, keturunan dan agama. Majoriti masyarakat di Malaysia ialah berbangsa
Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak. Masyarakat yang pelbagai etnik ini
hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara
bebas dan saling menghormati antara satu dengan yang lain. Natijahnya, inilah
izhar, sumber kekuatan perpaduan atau integriti di Malaysia. Terdapat pelbagai
impak kepada saya apabila belajar subjek Hubungan Etnik tersebut.
Antara yang
telah saya pelajari sepanjang mengambil subjek Hubungan Etnik USK 1022 ialah
pemahaman tentang hubungan etnik di Malaysia dan konsep asas hubungan etnik.
Bagi tujuan memahami sifat, bentuk dan jenis interaksi dan hubungan antara
etnik di Malaysia secara khusus, beberapa elemen penting hendaklah diberi
perhatian. Elemen-elemen tersebut adalah termasuk sejarah, sosial dan budaya,
ekonomi, politik setempat, bahasa, sentimen serta psikologi. Jika tiada elemen
tersebut maka terbentuklah golongan proletar maka, Malaysia tiada lagi obligasi
terhadap integrasi.
Namun
demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pendidikan dan
hubungan etnik juga saya telah pelajari. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai
melalui interaksi sosial. Lebih erat interaksi sosial yang dibentuk antara
etnik, maka semakin kukuhlah perpaduan atau integrasi serta persefahaman rakyat
di Malaysia. Izharnya, melalui pendidikan peranannya yang sangat penting untuk
meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar yang majmuk. Seyogia,
persekitaran pembelajaran perlulah bersifat multietnik supaya pelajar pelbagai
etnik dapat berinteraksi antara satu sama lain. Deduksinya, proses pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia perlulah berorientasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya integrasi dapat dicapai.
Pada waktu
yang sama, pembangunan politik dan hubungan etnik ke arah 1 Malaysia juga
termasuk dalam silibus subjek Hubungan Etnik. Pelbagai metod untuk melestarikan
hubungan etnik yang harmonis selaras dengan perkembangan politik merupakan
cabaran yang dihadapi oleh Malaysia yang multietnik. Masyarakat di Malaysia
telah mengharungi tahap kerenggangan,
ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehinggalah ke arah penyatuan dan
keharmonian etnik sejak zaman penjajahan sehinggalah sekarang. Kerajaan telah
berhempas pulas dan kerah tenaga dengan menggabung jalinkan elemen untuk
menyelesaikan masalah yang wujud untuk mempercepatkan proses ideologi 1 Malaysia. Natijahnya, kita perlulah
memberikan keharmonian, kesefahaman, kemesraan, kesepaduan untuk diwujudkan
dalam diri masing-masing serta menghayatinya
dan dapat diteruskan dari generasi ke generasi yang seterusnya.
Dalam pada itu, pluraliti
masyarakat dalam sejarah Malaysia mengajar tentang bagaimana Malaysia mempunyai
berbilang kaum. Kepelbagaian kaum terbentuk dengan perdagangan, penjajahan dan
perkahwinan. Kedatangan orang Cina dan India dibawa masuk sebagai buruh oleh
British ke Tanah Melayu menyebabkan berlakunya masyarakat majmuk dan
pertembungan budaya. Proses asimilasi dan amalgasi menyebabkan terbentuk
komuniti baru di Tanah Semenanjung
Melayu. Nah outputnya, seperti masyarakat Melayu-Arab, Peranakan Cina (Baba dan
Nyonya), India Muslim, Peranakan Jawi, Serani dan lain-lain.
Pengitlakannya, dalam konteks
Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim
dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita
haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti
hubungan etnik di negara ini. Program-program seperti hubungan etnik di
intitusi pengajian tinggi akan memberi impak yang positif kepada pelajar. Para
pelajar perlulah meluaskan horizon pemikiran kerana melaluinya membawa vital dan
kemaslahatan dan bukannya membawa atma yang bobrok terhadap integriti. Ianya
pelulah dilakukan dengan nawaitu yang sahih dan sokongan masyarakat komuniti yang komited kepada percintaan perpaduan dan
perdamaian. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar
perpaduan integriti antara multietnik dapat diteruskan sehingga selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan