Khamis, 18 Disember 2014

Kursus kahwin.

Dear diari,

Hari ini kome masuk kursus kahwin... Bukan nak kahwin lagi lah..  Take my time... 2 hari kursus perkahwinan..  Too much to think about marriage.... 
Take it easy sudah.... 
Kene buat banyak persediaan untuk perkahwinan ni.... 

Exam sem 1 di UMK


Dear diari,
What??! Exam dah nak dekat.... So start exam.... So far kene lagi berusaha dengan gigih lagi nak capai cita-cita tu.... Biaselah... Kat dunia ni, x lari dengan ujian... It is part of the test.... Jangan mengeluh.. Orang mengeluh selalu rugi... START STUDY SMART NOT STUDY HARD... من جدا وجد. باتوفيق وانًّجة.  Insya allah boleh... 


Rabu, 17 Disember 2014

Ijazah sarjana muda pelancongan

Dear diari,

What? Pelancongan.?? Ok fine, biaselah macam kene electric shock plak... Tangggapan orang, siapa yang amik engineering, doktor, akaun tu "bergaji besar"... tapi x semudah yang disangka.

Kenapa ek amik kos ijazah sarjana muda pelancongan?
Alhamdulillah, tapi kos ni pown dah bersyukur... Kome nak jadi USAHAWAN..   Masa nak isi upu tu pown terpikir banyak kali jugaklah... Tpi tangan ni nak klik kat Pelancongan... Masa dapat keputusan tu terkejut jugaklah dapat juga akhirnya.. Kome dapat sambung belajar ke UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN;KAMPUS KOTA. 

Cer terangkan apa yang ada pada kos pelancongan kat UMK ni...
Ok".. Kome baru je pelajar tahun satu... X per, setakat tinjau2 kat official umk ad je kowt.... Ijazah sarjana muda pelancongan ni under FKP (fakulti keusahawanan dan perniagaan). Dah nama pown keusahawanan dan perniagaan, sudah tentulah kome nak jadi usahawan yang berjaya... Kat sini orang panggil course ni dgn SAP...

Apa kerja kalau ambil jurusan pelancongan ni??
Jurusan die banyak lah... Jagan pikir just agansi pelancongan je... Ad banyak... Antaranya......... Jeng... Jeng... Jeng....

Prospek Kerjaya

Usahawan, Pengurus Pelancongan Pengembaraan, Pemaju Eko-Pelancongan, Pengurus Hospitaliti, Perancang Acara, Perancang Pelancongan Wilayah atau Negara, Penasihat Pelancongan Wilayah, Konsultan Pelancongan,  Usahawan Pelancongan, Penulis Pengembaraan dan Pelancongan, Penganalisa Polisi Pelancongan, dan pelbagai peluang pekerjaan lain berkaitan dengan festival sukan dan acara lapang besar di peringkat antarabangsa, negara, dan organisasi seperti  lembaga pelancongan, hotel dan resort, perundingan pelancongan antarabangsa, dan tarikan bersejarah.


Haaaa.. Tu dia banyaknya.......



Lepas ni, apa plan jangka masa hadapan ek??

Mmmm. Jangka masa hadapan... Tu soalan yang bagus sekali.. X per... Manusia merancang, tapi Allah sebaik-baik perancangan... Nak jadi USAHAWAN.., nak bukak TRAVEL AGENCY, BUKA CHELET... idaman yang besar jugaklah..  Bukan senang.. Henene. 



Kene terus buat business plan ni... Start from now... Arie tu dah belajar dah buat business plan siap menginterview lagi... X per... Tu lain kali kome cerita....

So many strategies nk buat bisnes kat perindustrian pelancongan... Too much to think...




Hok ini teringin nak bukak chalet lah.. Actuallay nak bukak chalet cabin tu... Sekarang pown dah sangat menarik.... Akulah budak Pelancongan.....





Nasihat

Dear diari,

Wah2... Sibuk je memanjang..... Hahahah. Biaselah exam nak dekat, pasti main blog plak... Tak pe... Nak isi masa lapang yang berfaedah sikit.. Ni, asyik-asyik lepak je... Boring jugaklah macam tu. Boleh manfaatkan teknologi yang ada sekarang... Sekarang ni macam dah jadi pentegar blog dah... Well, seronok kita nak cerita pasal apa yang berlaku keadaan sekeliling ni... Tapi x elok jugak nak ceritakan keburukan semua benda kan?? 

Teruskan yang masih ada ni untuk terus belajar di muka bumi... Gali dan gali lebih mendalam sesuatu ilmu tu... Tu nasihat pada diri sendiri n x lupa pada orang lain juga k...

Banjir 2

Dear diari,
Haaaa, ni banjir yang semalam punye.. Yang semalam tu gmbar pada waktu malam.. Hari ini dah tangkap gmbar pada waktu pagi daaaaaa....
Kite belanja gambar dulu.... Hehehehehe. Tp cuaca kat sini mendung jugaklah......




banjir?

dear diari,
biaselah hujung btahun di malaysia tak sah kalau tidak banjir. masalah banjirkat UMK di macam satu "adat" yang x boleh nak  dilepaskan. x tahulah macam mana pengurusannye... sampai paras atas buku lali jugaklah... its nooorrmalll... hahahaha. sekarang ni pown tengah banjir jugak.. sejuk sungguh rasenye... hujan kat sini, kadang-kadang hujan pasu berhenti. selang 2 minit hujan balik.. x tahulah macam mana suasana esok pagi. just wait and see..

nak share sikit gambar kat sini waktu banjir ni. waaaaahhh mate pown dah mengantuk ni. esok kene sambung lagi pengajian yang seterusnya. ye lah, belajar mana boleh berehat. its call daily work. macam orang pergi kerja lah...

x per..malam ni belanja gambar banjir kat UMK Kampus Kota.....



  

Sabtu, 13 Disember 2014

contoh karangan hubungan etnik

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun, disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan etnik yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Majoriti masyarakat di Malaysia ialah berbangsa Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu dengan yang lain. Natijahnya, inilah izhar, sumber kekuatan perpaduan atau integriti di Malaysia. Terdapat pelbagai impak kepada saya apabila belajar subjek Hubungan Etnik tersebut.
Antara yang telah saya pelajari sepanjang mengambil subjek Hubungan Etnik USK 1022 ialah pemahaman tentang hubungan etnik di Malaysia dan konsep asas hubungan etnik. Bagi tujuan memahami sifat, bentuk dan jenis interaksi dan hubungan antara etnik di Malaysia secara khusus, beberapa elemen penting hendaklah diberi perhatian. Elemen-elemen tersebut adalah termasuk sejarah, sosial dan budaya, ekonomi, politik setempat, bahasa, sentimen serta psikologi. Jika tiada elemen tersebut maka terbentuklah golongan proletar maka, Malaysia tiada lagi obligasi terhadap integrasi.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pendidikan dan hubungan etnik juga saya telah pelajari. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksi sosial. Lebih erat interaksi sosial yang dibentuk antara etnik, maka semakin kukuhlah perpaduan atau integrasi serta persefahaman rakyat di Malaysia. Izharnya, melalui pendidikan peranannya yang sangat penting untuk meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar yang majmuk. Seyogia, persekitaran pembelajaran perlulah bersifat multietnik supaya pelajar pelbagai etnik dapat berinteraksi antara satu sama lain. Deduksinya, proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia perlulah berorientasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya integrasi dapat dicapai.
Pada waktu yang sama, pembangunan politik dan hubungan etnik ke arah 1 Malaysia juga termasuk dalam silibus subjek Hubungan Etnik. Pelbagai metod untuk melestarikan hubungan etnik yang harmonis selaras dengan perkembangan politik merupakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia yang multietnik. Masyarakat di Malaysia telah mengharungi tahap  kerenggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehinggalah ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak zaman penjajahan sehinggalah sekarang. Kerajaan telah berhempas pulas dan kerah tenaga dengan menggabung jalinkan elemen untuk menyelesaikan masalah yang wujud untuk mempercepatkan proses ideologi  1 Malaysia. Natijahnya, kita perlulah memberikan keharmonian, kesefahaman, kemesraan, kesepaduan untuk diwujudkan dalam diri masing-masing serta menghayatinya  dan dapat diteruskan dari generasi ke generasi yang seterusnya.
Dalam pada itu, pluraliti masyarakat dalam sejarah Malaysia mengajar tentang bagaimana Malaysia mempunyai berbilang kaum. Kepelbagaian kaum terbentuk dengan perdagangan, penjajahan dan perkahwinan. Kedatangan orang Cina dan India dibawa masuk sebagai buruh oleh British ke Tanah Melayu menyebabkan berlakunya masyarakat majmuk dan pertembungan budaya. Proses asimilasi dan amalgasi menyebabkan terbentuk komuniti baru di  Tanah Semenanjung Melayu. Nah outputnya, seperti masyarakat Melayu-Arab, Peranakan Cina (Baba dan Nyonya), India Muslim, Peranakan Jawi, Serani dan lain-lain.

Pengitlakannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program seperti hubungan etnik di intitusi pengajian tinggi akan memberi impak yang positif kepada pelajar. Para pelajar perlulah meluaskan horizon pemikiran kerana melaluinya membawa vital dan kemaslahatan dan bukannya membawa atma yang bobrok terhadap integriti. Ianya pelulah dilakukan dengan nawaitu yang sahih dan sokongan masyarakat komuniti  yang komited kepada percintaan perpaduan dan perdamaian. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar perpaduan integriti antara multietnik dapat diteruskan sehingga selamanya.

Jumaat, 12 Disember 2014

kenangan aktiviti kokurikulum


dear diari, mase ni tengah buat aktiviti kokurikulum.. lebih kurang buat assignment lah...sem 1 ni kawe ambil kursus kepimpinan dan motivasi.. nok motivsi diri sangat kn.... hahahahaha

kat bawah ni tentatif program semasa kami buat sepanjang hari

(JUMAAT)
pagi: berkumpul
pergi ke kampung geting, tumpat
makan
senamrobik

tengah hari:bertolak ke kilang ikan masin
bebas cukai di pengkalan kubor
balik kekampung geting(rehat dan solat)

petang:-melawat rumah orang2 x mampu
aktiviti pantai

kelik.........






















what???? ais krim baba?? sedaaaaaap..




akiviti kat pantai... duk kiro line

aktiviti bergamar bersama

persiapan

di kampung nelayan

hujan


dear diari,
alhamdulillah, awansudah menitiskan air rahmat-Nya... pagi-pagi dah hujan.. sejuk sikit di bumi kelantan ini... kebiasaannye memang agak panas sedikit.bukan sedikit, tapi memang panas.. x tahan ase..

orang religion:
biaselah, kat neraka lagi panas..

orang sains:
owh, ini disebabkan pemanasan dunia global dan juga berkait rapat dengan pantai sebab dekat dengan pantai... 

ek? ye ke.. mmmm boleh lah... mane2 pown betul.. x boleh dipisahkan.. mesti bersebab kan.......
orang kate apabilawaktu hujan ni, doa kita dimakbulkan oleh Allah.. so perbanyakkan berdoa...

Doa ketika hujan: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا Allahumma Shoyyiban Na’fian 

"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) 

Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab: 

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).






Group Assignment Entrepreneurship

dear diari,
dengar je perkataan entrepreneurship sudah membayangkan just like night mare.. hahahha.. beselah.. sedikit hard core punye subjek... tapi seronok gak lah belajar benda yang baru.. betul, memang x rugi belajar sesuatu perkara. very nice subjek.. 

cita-cita nak jadi usahawan, so kene amiklah subjek tu....

Dari kiri: it me...(amin, akmal, sir syakir, azie, amy, ufiz)

yang ni group kome (financing) for presentation entreprono. even agak teruk our presentation without latihan, tp yang PENTING!!!!! ambil imput dari pengalaman.. benarlah kate pujangga, pengalaman x boleh beli dengan wang. pengalaman hanya boleh sekali sahaja dengan melaluinya.

my pet red ear slider



inilah my pet kesayangan yang cute.. heehe.. sekor name die KICK (kecil) and sekor lagi GUNTHER (gemuk).. sempena nama iter karton kick buttowski.. hahahaha.. kura-kura ni jenis red ear slider.. or bahase mudoh die RES... memang susah nak ble ni. setiap minggu kene besih n basuh die punye bekas... rindu sangat.. hope jumpe nnkat umah.. wait 4me yeah....